Monday, June 2, 2014

Perkahwinan Campur

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

                      Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: PERKAHWINAN CAMPUR

                      Perkahwinan campur sebenarnya diperkenalkan pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Dalam konteks Malaysia, perkahwinan campur membabitkan pasangan berbeza kaum, seperti Melayu dengan Cina atau Cina dengan India.Islam menggalakkan umatnya bernikah dengan pasangan yang sesuai, tetapi syaratnya pasangan itu juga beragama Islam.
Firman Allah SWT bermaksud: 
“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang saja.” (Surah An-Nisaa’, ayat 3) 
Berkahwin boleh menjadi antara faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, perkahwinan campur wajar digalakkan kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.

       Allah SWT berfirman didalam Quran,


bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Namun, orang Islam yang memilih berkahwin campur perlu memastikan keislamannya terpelihara. Sebagai orang Islam, dialah sepatutnya menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya, bukan berperangai lebih buruk atau terikut dengan gaya hidup pasangan.Ini bagi mengelak salah faham terhadap Islam. Perkahwinan campur juga bukan bermakna menghapuskan budaya, identiti atau nilai positif asal sesuatu kaum. Hanya agama saja yang berubah, bukan bangsa atau kaumnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

                     Fahaman agama sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, atau menziarahi mereka adalah sesuatu yang tidak diajar Islam.Perkahwinan campur boleh terjadi dalam 3 kategori yang berbeza seperti yangdinyatakan berikut beserta dengan contohnya sekali.
  1. Antara Kaum dimana terjadinya perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu denganseorang muslim berbangsa Cina. Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan masyarakat.Malaysiasendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini samaada antara Melayu denganCina,Indiaatau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungandua budaya.Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama laintermasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman IslamMalaysiadan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut.                                                                   
  2. Antara Negara merupakan perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu denganseorang muslim berbangsa Arab yang berasal dariDubai. Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegaraMalaysia beragama Islam dengan warganegera Asing di Malaysia atau di luar negara. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan boring permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen- dokumen sah yang telah ditetapkan.                                             
  3. Antara Agama yakni perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama Kristian Terdapat juga kes-kes istimewa diMalaysiamelibatkan seorang warganegarayang beragama selain Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islamwalaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinancampur yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan HakimMahkamah Tinggi dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaanantarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannyatetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 AktaMempebaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur- prosedur penceraian tidak dijalankan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                       Namun perkahwinan campur juga dapat memberi kesan dan implikasi kepada kita. Salah satu kesan yang utama perkahwinan campur dalam Islam ialah masalah berkaitan agama sendiri. Dalam perkahwinan agama yang berbeza kita sebagai orang Islam perlu merujuk kepada undang-undang Fiqh untuk mendapatkan pandangan terbaik. Sebagai isteri sepatutnya mentaati suami mereka dan suami sepatutnya membawa isteri-isteri mereka tetapi krisis itu timbul apabila pemimpin atau pengikut bukan Islam di mana mereka mengamalkan pandangan atau agama lain. Tetapi ia mengesahkan bahawa wanita tidak boleh berkahwin dengan seorang lelaki dengan agama yang berbeza kerana mereka akan mempunyai kerumitan akan melalui kehidupan sebagai seorang Muslim. Ini disahkan oleh satu ayat dalam al-Quran,



yang membawa maksud, (Mereka orang-orang munafik itu ialah) orang-orang yang menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; Tetapi jika anda mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami dengan anda (oleh itu kita juga berhak untuk berkongsi dalam harta rampasan perang) "dan jika orang-orang kafir mendapat bahagian (berjaya), mereka berkata (kepada mereka):." Adakah kita tidak membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang percaya (untuk mendedahkan rahsia perpaduan) "Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat;? dan Allah tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. (Surah An-Nisaa ': 141)
 
Sidang jumaat yang diberkati Allah sekalian,

            Sudah tertulis jodoh dan ajal seseorang apabila dia lahir ke dunia. Justeru, perkahwinan campur juga antara perkara yang termaktub sejak dari azali terhadap seseorang dan antara kebaikkan perkahwinan campur ialah  perkahwin campur dapat mengeratkanhubungan silaturrahim dengan kelurga lain berbangsa asing , kaum kelurga dan kerabat kita semakin besar, kita dapat menguasai bahasanya,mempelajari budayanya, kita dapat berdakwah kepada kelurganya agar dapatmenerima Islam srebagai cara hidup yang paling baik sekali dan kalau kitadapat anak, anak tersebut mewarisi gens kedua-dua bangsa(rupanyacantik).

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

            Setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi. Disebalik kebaikkan perkahwinan campur, terdapat juga kekangan dan keburukkan yang terjadi jika perkahwinan tersebut tidak dipelihara dan dijaga rapi. Antara keburukkannya adalah:
 

  1.  Perebutan anak hasil perkongsian hidup pasangan terbabit selepas bercerai

            Salah satu keburukan kahwin campur adalah perebutan anak hasil perkongsian hidup pasangan                   terbabit selepas bercerai. Biasanya anak adalah mangsa utama dalam ‘jenayah’ perceraian. Macam               mana jika pasangan itu terdiri daripada lelaki Melayu atau wanita Perancis? Ke manakah harus                 anak itu pergi, ikut bersama bapa di Malaysia atau terus menetap di Perancis?
            Sadisnya, salah satu daripada pilihan itu akan menyebabkan anak terpisah kasih daripada salah                   seorang daripada mereka. Faktor jarak dan masa serta kos menyebabkan rindu itu bertambah                   dalam kerana kekangan faktor itu. Kemungkinan besar peluang untuk anak berjumpa balik dengan               ayah atau ibu sangat tipis dan perpisahan ini akan melukakan hati mereka.


     2. Konflik rumah tangga dalam kahwin campur mungkin boleh menular menjadi isu diplomatik antara dua negara
 
  Bukan itu sahaja, konflik rumah tangga dalam kahwin campur mungkin boleh menular menjadi isu                diplomatik antara dua negara. Perkahwinan antara pasangan berbeza warganegara akan menimbulkan            masalah di masa depan contohnya jika berdepan dengan kemelut keganasan rumah tangga atau                  perceraian.
           Jika si suami melakukan keganasan dan bakal dihukum, soalnya negara mana yang patut mengambil               tanggungjawab tersebut? Adakah suami perlu dijatuhkan hukuman mengikut negara yang dia miliki             status warganegara atau negara di mana dia melakukan jenayah rumah tangga? Hal ni boleh                     menjadi lebih teruk jika mendapat perhatian media dan disebarkan kepada umum dengan serius,                 seola-olah ini adalah satu kes besar.
            Kemungkinan besar rakyat bagi si isteri akan melakukan demostrasi bagi membantah jenayah ini.               hubungan diplomatik akan terganggu sekejap sehinggalah kes ini selesai di mahkamah.

     3. Komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk islam

         Apakah komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk islam? Biasanya mereka yang berbeza              agama akan memilih jalan memeluk islam supaya mudah berkahwin dengan orang yang dicintai.                    Pengislaman seseorang bukan sahaja atas dasar cinta atau kahwin, tapi perlu juga disertakan dengan          kepercayaan dan akidah yang betul.
         Di sini suami membawa peranan penting untuk memastikan keislaman si isteri benar-benar kuat.              Masalahnya sudah terlalu banyak kes yang berlaku di mana pengislaman hanya atas dasar untuk                berkahwin bukan untuk diamalkan.
         Hasilnya, kehidupan seorang isteri masih lagi terbabit dalam budaya hedonisme dan jauh bercanggah            dengan anjuran islam. Perkara-perkara haram yang pernah dilakukan masih belum ditinggalkan                  disebabkan si suami tiada komitmen untuk memastikan si isteri adalah seorang muslimah sejati.


 Perkahwinan mereka bukan untuk melahirkan zuriat mulia atau membawa saudara baru atau muallaf untuk menikmati kemanisan islam. Sebaliknya perkahwinan itu hanya atas dasar nafsu untuk memuaskan syahwat masing-masing. Paling teruk sekali, si suami juga turut terjebak dengan perkara kotor yang dilakukan oleh isteri. Sebaiknya, si suami perlu ada ilmu rumah tangga yang cukup agar diri-diri benar mantap untuk membimbing isteri mengenali cahaya islam dan masuk ke dalam cahaya.

                                Secara asasnya, kahwin campur juga mempunyai keburukan di mana lebih bersifat perbezaan adat dan gaya hidup. Malah akidah dan kepercayaan juga boleh tergugat jika iman di hati tidak kuat dan diri tidak berusaha lari daripada kerja maksiat. Sebenarnya, perkahwinan biasa sesama bangsa atau agama juga mempunyai kesan negatif yang hampir lebih kurang sama. Cumanya, kahwin campur lebih dilihat menuju kegagalan disebabkan jurang antara kaum dan agama yang sering terjadi dalam masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu kahwin campur perlu diberi lebih perhatian agar tiada masalah mendatang di masa depan.Moga kita mendapat manfaat dan ilmu atas apa yang telah dibincangkan mimbar tadi. 


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَن وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah posted by: 
Zahrah
Group Members:

  • SYAMIMI INANI BT RAZALI (AA12119)
  • NUR ELLANI BT  AMIR SHARIFFUDDIN (AA12095)
  •   SITI AISYAH BT FATHOL KARID (AA12069) 
  • NURUL FARHANA BT ABDUL HALIM  (AA12172)
  • ANEESA AQEELA BT MOHD ASHA’ARI (AA12147)
  • NUR ATIKAH BT MOHAMMAD ZULKIFLI (AA12092)


Seindah Maharmu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



إنَّ الحَمْدَ لله، نَحْمَدُه، ونستعينُه، ونستغفرُهُ، ونعوذُ بِاللهِ  مِن شُرُورِ أنفُسِنَا، وَمِنْ سيئاتِ أعْمَالِنا، مَنْ يَهْدِه الله فَلا مُضِلَّ لَهُ، ومن يُضْلِلْ، فَلا هَادِي لَهُ
.
أَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وأشهدُ أنَّ مُحَمَّدًا عبْدُه ورَسُولُه.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَ هُدًى
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

Jamaah Jum’at yang dirahmati Allah,

Segala puji bagi Allah yang senantiasa melimpahkan karunianya kepada kita. Segala puji hanya milik-Nya yang telah menganugerahkan kenikmatan yang tak terhitung bagi kita semua. Dan diantara semua kenikmatan itu, nikmat Islam dan Iman adalah yang paling utama. Dengan nikmat itu, nikmat yang lain menjadi bernilai di hadapan Allah. Atas dasar nikmat itu, nikmat yang lain menjadi berharga di sisi Allah. Hanya dengan adanya nikmat itu, nikmat yang lain bermakna bagi kita, dalam pandangan Allah SWT.

Jamaah Jum’at yang dirahmati Allah,

Seorang isteri memiliki hak yang bersifat materi (maliyyah), yaitu maskawin (mahar) dan nafkah. Dan hak yang bersifat immateri (ghairu maliyyah), yaitu jalinan kehidupan rumah tangga dan kehidupan sosial yang baik dan keadilan.


Dalam al-Qur’an ditegaskan :

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً (النساء: 4)
“Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.” (QS. An-Nisa’, 4 : 4)


فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً (النساء: 24)
“Berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban.” (QS. An-Nisa’, 4 : 24)

أَنَّ عَلِيًّا رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: لَمَّا خَطَبْتُ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا بِنْتَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ لَكَ مِنْ مَهْرٍ؟(السنن الكبرى للبيهقي 7/ 414)
“Sesungguhnyaq Ali ra., pernah berkata, “Sewaktu aku meminang Fatimah ra., putri Nabi saw, Nabi saw bertanya, “Apakah kamu memiliki mahar ?” (Al-Baihaqi, As-Sunanu al-Kubra, 7 : 414)

 Terdapat 10 nama maskawin : mahar, shadaq (shadaqah), nihlah, ajr, faridhah, hibba’, ‘uqr, ‘ala’iq, thaul, dan nikah. Dari kesepuluh nama ini yang popular di kalangan fuqaha’ (ahli fiqih) adalah mahar dan shadaq. Pada prinsipnya mahar adalah li ikrami al-mar’ah  wa ar-rughbati fi al-iqtiran (untuk kehormatan isteri dan kesungguhan dalam menjalin rumah tangga).

Sudahkah calon mempelai lelaki dengan maharnya? Tentu sudah mempersiapkannya. Baik. Jika belum,berarti Saudara masih dipertanyakan oleh pihak calon mempelai wanita beserta keluarganya. Adakah kita bersungguh-sungguh untuk mendirikan rumah tangga dan menghormati isteri?. Atau tidak perlu dilanjutkan akad ini ?. Sudah pasti tidak, kerana sudah jelas mempelai sudah menyiapkan segala maharnya.

Mahar dari segi bahasa terdiri dari huruf mim-ha-ra dan dibaca ma-ha-ra, mah-ran, mu-huu-ran, ma-haa-ran, ma-haa-ra-tan, yang membawa maksud pandai.Maka maa-hir, artinya orang yang pandai.Dari segi bahasa ini dapat kita fahami hikmahnya bahawa seorang isteri harus pandai menempatkan dirinya sebagai orang yang dihormati dan seorang suami pula pandai menghormati isterinya.

Jamaah Jum’at yang dirahmati Allah,
Sedangkan bentuk dan nilai mas kahwin itu ditentukan oleh pihak isteri,baik diri wanita itu atau pun walinya. Dan tidak ada ketentuan dari Islam untuk membatasi besar dan nilainya. Semua akan berpulang kepada pihak wanita atau juga adat dan kebiasaan yang terjadi di suatu tempat/negeri. Dan sebagai syarat dari pernikahan, maka pihak wanita berhak untuk menentukan besar dan nilainya itu sementara pihak calon barakatuhsuami harus memenuhinya sesuai dengan permintaan pihak wanita.

Hanya saja Islam tidak menganjurkan untuk memperberat mahar itu karena perkara ini boleh menyusahkan pihak lelaki. Di zaman Rasulullah SAW ada wanita yang rela dinikahkan dengan mahar seadanya, yang penting memiliki nilai meski tidak besar. Dalam penetapan berapakah mahar yang sesuai serta nilainya, para ulama mempunyai pendapat yang berbeza. Hal itu terjadi lantaran banyak dalil dan keterangan yang berbeza sejak dari Rasulullah SAW sendiri. Di antara dalil-dalil tentang besar dan bentuk mahar, adalah daripada hadits berikut ini:

Dari Amir bin Rubai'ah bahwa soerang wanita dari Bani Fazarah dinikahi dengan mahar berupa sandal. Maka Rasulullah SAW bertanya,"Apakah kamu rela dinikahi dengan mahar sandal?." Wanita itu menjawab,"Ya." Maka rasulullah membolehkannya.

Diriwayatkan dari Sahal bin Saad bahwa ada seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW minta dinikahkan. Namun laki-laki yang akan menikahinya tidak memiliki harta apa-apa. Rasulullah SAW bertanya,"Apakah kamu memiliki sesuatu yang boleh kamu jadikan mahar untuknya?." Orang itu menjawab,"Saya hanya punya satu sarung ini saja." Nabi berkata, bila kamu berikan sarungmu itu kamu tidak punya sarung lagi." Berikan sesuatu walaupun hanya cincin dari besi." Orang itu menjawab lagi. "Saya benar-benar tidak punya apa-apa." Maka Nabi berkata,"Apakah kamu hafal barang sesuatu dari ayat Al-Qur'an?." "Ya, saya hafal surah surah berikut." Nabi bersabda,"Aku telah nikahkan kamu dengan apa yang kamu hafaldari Al-Qur'an." (HR Bukhari dan Muslim).
 Dalam riwayat lain disebutkan bahwa nabi memerintakan untuk mengajari isteri membaca Al-Qur'an. Dan dalam riwayat Abu Hurairah disebutkan bahwajumlah ayat yang diajarkannya itu sekitar 20-an ayat.
"Ajarilah istrimu itu Al-Qur'an."

Dari Anas bahwa Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim, lalu Ummu Sulaim berkata,"Demi Allah, laki-laki seperti anda tidak mungkin ditolak pinangannya, namun anda masih kafir sedangkan saya wanita muslimah,tidak halal bagi saya menikah dengan anda. Namun bila anda masuk Islam,maka ke-Islaman anda itu menjadi mahar dan saya tidak minta selain itu.

Jamaah Jum’at yang dirahmati Allah,

Bila meniliti hadits-hadith di atas, maka dibolehkan mahar itu berbentuk sesuatu yang memiliki manfaat dan faedah. Seperti ilmu yang diajarkan, keislaman (proses masuk Islamnya suami), bacaan Al-Qur'an dan sejenisnya. Karena mahar itu hak istri, bila dia rela menerima hal itu, maka cukuplah halitu menjadi mahar. Adapun mengenai batas-batasnya, mahar tidak mempunyai batasan. Suami boleh memberikan mas kahwin kepada isterinya berapa pun jumlahnya sesuai dengan kemampuan suami        .

Tetapi walaupun demikian, agama tetap menganjurkan untuk mempermudah hal-hal yang berhubungan dengan mas kawin seperti yang tertera dalam sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya wanita yang paling banyak berkahnya adalah wanita yang paling sedikit/murah mas kawinnya."
 Para ulama dahulu mempunyai perbezaan pendapat dalam menentukan kadar minimal mas kahwin:



  1. Ulama Malikiyah berpendapat bahwa mas kahwin minimal senilai 3 dirham. Mereka mengkiaskan (menyamakan) hal ini dengan wajibnya potong tangan bagi pencuri ketika barang curiannya bernilai 3 dirham atau lebih.                                                                                                          
  2. Ulama Hanafiyah berpendapat bahwa mas kawin paling sedikit 10 dirham atau dengan yang senilainya. Ini berlandaskan bahwa Nabi membayar mas kahwin para isterinya tidak pernah kurang dari 10 dirham.                                                                                                                        
  3. Ulama Syafi'iah dan Hanbaliyah berpendapat, tidak ada batas minimal, yang penting bahwa sesuatu itu bernilai atau berharga maka sah (layak) untuk dijadikan mas kawin (termasuk seperangkat alat solat). Golongan ketiga ini mendasarkan pendapatnya pada  
    "Dan dihalalkan bagimu selain yang demikian (wanita yang telah disebutkan dalam ayat 23-24 surah al-Nisa'), yaitu mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk dizinai" (surah al-Nisa' : 24).
Hadits Rasulullah yang berbunyi : "iltamis walau khaataman min hadid" ("Berikanlah mas kawin walaupun hanya sebuah cincin yang terbuat dari besi). Selengkapnya hadits ini adalah sebuah kisah: suatu saat Nabi didatangi seorang perempuan yang menginginkan agar Nabi berkenan menikahinya. "Saya pasrahkan diri saya pada ya Rasulullah", kata si perempuan.
Pada saat itulah datang seorang sahabat dan memberanikan diri menyatakan kepada Nabi,

"Wahai Rasulullah, jika lelaki itu tidak berkenan menikahinya, nikahkan saja perempuan itu denganku".
"Apakah kamu memiliki sesuatu untuk dijadikan maharnya?"
"Saya tidak mempunya apa-apa kecuali kain sarung saya ini".
"Sarungmu?!. Lantas kamu nanti mau pakai apa jika sarung itu kamu jadikan mahar? Carilah sesuatu".
"Sama sekali saya tak punya apa-apa".
"Carilah, walau hanya cincin besi".
Lelaki tadi lantas mencari-cari, namun memang dia tak punya apa-apa. Lalu kata Nabi:
"Apakah kamu hafal beberapa (surat) dari al-Qur'an?".
"Oh ya, surat ini dan surat ini", dia mengatakan surat-surat yang dihafalnya. Maka lantas Nabi menikahkan mereka, "Saya nikahkan kamu dengan perempuan itu dengan mahar apa yang kamu hafal dari al-Qur'an".

Jamaah Jum’at yang dirahmati Allah,

Jelaslah disini, bahawa mahar itu tidak ada batasannya. Apapun bentuknya, berapapun jumlahnya, sampai barang yang paling sederhana sekali, bahkan berupa bacaan al-Qur'an, yang penting bernilai dan berharga, maka sah (layak) dijadikan mahar. Dan pendapat yang terakhir inilah yang paling mendapat keberkatan.
Berikanlah mahar itu sebagai tanda penghargaan buat si isteri pada hari pertama menikahinya.


Wallahu a'lam bish-shawab.


Khutbah posted by:
Wardah
Group Members:
  • Nor Izatie Binti Mohamad Nadry (Leader) (CA11102)
  • Muna Shafawati Binti Yusoff (CB11078)
  • Nurul Effadah Binti Mohd Yusof (CB11081)
  • Ilyani Binti Isa (CB12101)
  • Nur Nadiah Naim Binti Abdul Rahman (CB12100)
  • Nor Hasnida Binti Ibrahim (CB11084)
  • Mardiah Binti Johari (CB12005)
  • Alawiyyah Binti Mely (CB12009)
  • Nurul Amirah Binti Anuar (CD13085)
  • Mawaddah Hasliana Binti Mohd Husni (CD13084)

Nikah Khitbah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian. Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya seseorang hamba Allah yang benar-benar bertaqwa akan meletakkan sepenuh pergantungan dan harapannya kepada Allah SWT. Dia-lah sebaik-baik tempat bergantung dan meletakkan harapan.
Khutbah hari ini mengenai nikah khitbah sebagai satu solusi kepada institusi masyarakat kearah pernikahan dan pergaulan yang sah dan mengikut syariah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu “Taysir az Ziwaj” dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.Taysir Az Ziwaj ialah “Permudahkan Proses Perkahwinan” terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

                Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Firman Allah swt yang bermaksud :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Nuur : Ayat 32).
Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :


  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,     
               
                Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
                Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

               Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga 
pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. 

               Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Penerimaan Masyarakat. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai “Suspended Marriage Contract” iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara. Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara’ kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya . Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.


Khutbah posted by:
Rabiatul Adawiyah..
Group Members:


Pendidikan Anak-anak Mengikut Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

إِنَّ الْحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بلله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إله إلا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
يَاأَيُّهاَ الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ الله كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا الله وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا . يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
أَمَّا بَعْدُ: فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ الله وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه و سلم وَشَرَّ الْأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ، وَكُلَّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ. اللهم صَل عَلَى مُحَمدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلمْ.
Ma’asyiral muslimin, jamaah solat Jumaat rahimakumullah.

Kami mengajak kepada semua jamaah,  marilah kita meningkatkan takwa kita kepada Allah subhanahu wa Ta’ala dengan sebenar-benar takwa, yakni dengan menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Bekal takwa inilah yang akan menyelamatkan kita dari siksa neraka. Karena tidak ada yang akan selamat dari neraka, kecuali orang-orang yang bertakwa.

ُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا“Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.” (QS. Maryam: 72)
Kaum muslimin yang berbahagia !!!
Islam agama yang sempurna, sangat memperhatikan pertumbuhan generasi. Salah satu nikmat, amanah, sekaligus ujian dari Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah hadirnya seorang anak di tengah keluarga kita. Perilaku lucu, cerdik, menggelikan, sekaligus menyenangkan, senantiasa mereka tampilkan.Hal itu membuat suasana keluarga semakin meriah.
Mendidik anak  perlu ditik beratkan untuk kehidupan mereka dalam masa jangka pendek(dunia)  serta jangka masa pajang(akhirat). Ini memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani.Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Oleh yang demikian,terdapat 4 tahap dalam cara mendidik anak menigkut  sunnah Rasulullah s.a.w :-

1)     Umur anak-anak 0-6 tahun.
 Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranyamereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)     Umur anak-anak 7-14 tahun
 Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak.


مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ


“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mengerjakan shalat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka bila pada usia sepuluh tahun tidak mengerjakan shalat, serta pisahkanlah mereka di tempat tidurnya.”(HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam sahih Sunan Abi Dawud No.466). 




Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

  3)     Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak.Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka.Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu.Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)     Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa:

Ma’asyiral muslimin, jamaah shalat Jumat rahimakumullah
Kebaikan anak menjadi penyebab kebaikan khususnya bagi orang tua dan keluarganya, dan secara umum untuk kaum muslimin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berabda,
إِذَا مَاتَ إِبْنُ آدَمَ إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِه, أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo’akannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh karena itu, keberhasilan pendidikan seorang anak dengan kebaikan dan ketaatannya, memiliki manfaat dan pengaruh yang besar bagi para orang tua, baik ketika masih hidup maupun sudah meninggal dunia. Ketika orang tua masih hidup,  anak akan menjadi hiburan, kebahagiaan dan penyejuk hati. Dan ketika orang tua sudah meninggal dunia, maka anak-anak yang shalih senantiasa akan mendoakan, beristighfar dan bershadaqah untuk orang tua mereka.
إِذَا مَاتَ إِبْنُ آدَمَ إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِه, أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo’akannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sebaliknya, betapa rugi orang tua yang anaknya tidak soleh dan derhaka.Anak yang derhaka tidak dapat memberi manfaat kepada orang tuanya, baik ketika masih hidup maupun saat sudah meninggal. Orang tua tidak akan dapat memetik buahnya, kecuali hanya kerugian dan keburukan yang berkemungkinan disebabkan oleh cara pendidikan yang tidak mengikut sunnah. Sebagai contoh :-
1.      Mendidiknya menjadi sombong, bongkak terhadap orang lain dan itu dianggap sebagai sikap pemberani.
Kesalahan ini merupakan kebalikan point pertama. Yang benar ialah bersikap tengah-tengah, tidak berlebihan dan tidak dikurang-kurangi. Berani tidak harus dengan bersikap sombong atau bongkak kepada orang lain. Tetapi, sikap berani yang selara sempatnya dan rasa takut apabila memang sesuatu itu harus ditakuti. Misalnya: takut berbohong, karena ia tahu, jika Allah tidak suka ke pada anak yang suka bohong, atau rasa takut kepada binatang buas yang membahayakan. Kita didik anak kita untuk berani dan tidak takut dalam mengamalkan kebenaran.

2.      Membiasakan anak-anak hidup berfoya-foya, bermewah-mewah dan sombong.
Dengan ke biasaan ini, anak itu boleh tumbuh menjadi anak yang suka kemewahan, suka bersenang-senang. Hanya mementingkan dirinya sendiri, tidak peduli terhadap keadaan orang lain. Mendidikan anak seperti ini dapat merusakan fitrah, membunuh sikap istiqamah dalam bersikap zuhud di dunia, membinasakan muru’ah (hargadiri) dan kebenaran.

3.      Menumbuhkan rasa takut dan minder pada anak.
Kadang-kala, ketika anak menangis, kita menakut-nakuti mereka agar berhenti menangis. Kita takuti mereka dengan gambaran hantu, jin, suara angin, dan lain-lain. Kesannya, anak akan tumbuh menjadi seorang penakut; takut pada bayangannya sendiri, takut pada sesuatu yang sebenarnya tidak perlu ditakutinya. Misalnya: takut bilik mandi sendiri, takut tidur sendiri kerana sering mendengar cerita tentang hantu, jin dan lain-lain. Dan yang paling parah, tanpa disadari, kita telah menanamkan rasa takut kepada dirinya sendiri

4.      Terlalu keras dan kaku dalam menghadapi mereka, melebihi batas kewajaran.
Misalnya, dengan memukul mereka hingga memar, memarahinya dengan bentakan dan cacian, ataupun dengan cara-cara keras lain. Ini kadang terjadi, ketika anak sengaja berbuat salah. Padahal dia mungkin baru sekali melakukannya.

Kaum Muslimin yang berbahagia,
Perhatian terhadap anak merupakan perkara yang sangat penting dan tanggungjawab yang besar di sisi Allah.Oleh karena itu, para manusia terbaik, yaitu para nabi dan rasul senantiasa mendoakan kebaikan untuk anak keturunan mereka.
Nabi Ibrahim ‘alaihissalam berdoa,

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash-Shaffat: 100)

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Baqarah: 128) 

Nabi Zakariya ‘alaihissalam berdoa,

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ“Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran: 38)

Begitu juga dengan orang-orang soleh yang Allah sebutkan dalam Alquran, mereka berdoa, 


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا“Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)

Demikianlah para nabi dan rasul, meskipun kedudukan mereka dekat dengan AllahSubhanahu wa Ta’ala, mereka tetap saja senantiasa berdoa penuh harap, memohon kepada Allah agar dianugerahi keturunan yang soleh dan solehah. Jika demikian, bagaimana dengan kita?Tentunya kita harus lebih semangat lagi.
Secara kesimpulannya, sebuah keluarga Muslim merupakan landasan utama bagi terbentuknya masyarakat Islami.Di dalam keluarga Muslim terkandung sebuah konsep religius (al-mafhum al-dini), yaitu bahwa para anggota keluarga diikat oleh sebuah ikatan agama untuk mewujudkan kepribadian yang luhur.Konsep ini menekankan bahwa sebuah keluarga Muslim harus dapat membentuk para anggotanya agar memiliki kepribadian yang luhur ini.Memiliki sifat kasih dan sayang, cinta sesama, menghormati orang lain, jujur, sabar, qana’ah dan pemaaf merupakan di antara indicator bagi sebuah kepribadian yang luhur. 



REFERENCES
·         http://wahyucorners.blogspot.com/2011/09/sepuluh-kesalahan-dalam-mendidik-anak.html
·         https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&uact=8&ved=0CGUQFjAI&url=http%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fjhadhari%2Fmakalah%2Fkhas2012%2FJD005862%25207-22.pdf&ei=sq5IU5TZCoeBrge92oGoBQ&usg=AFQjCNGtfo1eP2dlJdif-8jVbR0Idl_87g&bvm=bv.64542518,d.bmk
·         http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/01/30/4-tahap-mendidik-anak-ikut-sunnah-rasulullah/
·         http://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-rasulullah-s-a-w/
·         http://andiopratama.blogspot.com/2013/07/contoh-khutbah-jumat-singkat.html
·         http://www.alquran-sunnah.com/artikel/kategori/khutbah-jumat/569-khutbah-jumat-pentingnya-pendidikan
·         http://khotbahjumat.com/pendidikan-anak-dimulai-dari-rumah/
·         http://khotbahjumat.com/mendidik-anak-menjawab-tantangan-zaman/
·         http://andiopratama.blogspot.com/2013/07/contoh-khutbah-jumat-singkat.html
·         http://mashrydaengmappangaja.blogspot.com/2012/06/khutbah-jumat-singkat.html






Khutbah posted by:
KHALIFAH
Group Members:
  • NAZIRAH BT AHMAD NAZRI (CA12079)
  • NUR NADHIRAH BT AB RASUL (CB12023)
  • SITI NURBAIZURA BT SUKRI (CB12042)
  • FARAH HIDAYAH BINTI MUSA (CB12025)
  • SITI MARHANIS BT MAT SAFRI (CA12027)
  • NUR AMALINA BT YUSOFF (CA12022)
  • AZIZAH BT AZIZ (CA12023)
  • NUR AMIRA NAJUA BT TAMBUN (CA12030)
  • NOR DIYANA BT HUSSIN (CA12024)