Sunday, June 1, 2014

Permulaan Alam Perkahwinan


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Innalhamdalillahinahmaduhuwanasta’iinuhuwanastaghfiruhuwana’uudzubillaahi min syuruurianfusinaawa min sayyiaatia’maalinaamayyahdihillaahufalaamudhillalahuwamayyudhlilfalaahaadiyalahu
Asyhadu Allah ilaahaillallah, Waasyhaduannamuhammadurrasulullah
Allahummashallialaamuhammadwaalihiwaashabihiwamantabi 'ahum bi ihsaninilaayaumiddin
Yaaayyuhalladziina 'amanuttaqullahhaqqotuqootihiwalaatamutunnailaawaantummuslimun

Puji syukur kita panjatkan kehadrat Allah Ta’ala atas segalakurnia hidayah dan kenikmatan yang tidak terhingga telah Diaanugerahkan kepada kita semua.

Selawat dan salam keatas baginda Rasulullahshallallahu ‘alaihiwasallam, beserta para keluarga, sahabat, dan semua orang yang mengikutnya hingga hari kemudian.
Wahai hamba-hambaAllah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga siding Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

SidangJumaat yang dimuliakan,
Salah satu di antara kebahagiaan yang tidak ternilai ialah kebahagiaan hidup dalam keluarga yang sakinah, mawaddahwarahmah. Sehingga satu ungkapan  menyebut, “andaikan di dunia ia ada syurga, syurga itu perkahwinan yang bahagia, andaikan di dunia ni ada neraka, nerakaituadalahperkahwinan yang gagal.Syariat Islam mengenai munakahat atau perkahwinan dan kehidupan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah kehidupan yang memperoleh ketenangan dan kebahagiaan atau dalam istilah agama disebut sebagai sakinah.
Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. ‘Nikah’menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialahHYPERLINK "http://shafiqolbu.wordpress.com/2013/12/21/rukun-rukun-dan-syarat-sah-nikah/"Ijab dan Qabul’ (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.


Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah سبحانه وتعالىmenjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perbuatan zina.

Allah سبحانه وتعالىberfirman:

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٤٩
  “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)


          Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah سبحانه وتعالى. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sehat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.

Rasulullah ﷺ bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى و مسلم)
Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung
syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Bayangkan  jika kita mendapat berita yang tersebar luas bahawa pasangan kita sudah curang dan melakukan sesuatu yang dusta? Bagaimana agaknya reaks idan perasaankita? Pastinya, sedikit sebanyak emosi kita akan terganggu dan hubungan kita suami isteri menjadi dingin.Namun di dalam keadaan mencabar ini, kita melihat Rasulullahs.a.w. tabah dalam menghadapi fitnah yang dilontarkan. Meskipun runsing, Baginda tetap tenang dan tidak menerima dengan mudah tuduhan golongan Munafiqin. Nabis.a.w. juga tidak melulu memarahi mahu pun mengasari isterinya. Dalam kebingungan itu, Baginda menyelidiki tuduhan tersebut, dan mendapatkan pandangan dan saranan dari para sahabat dan teman rapat Baginda yang dipercayai. Diriwayatkan bahawa Rasulullahs.a.w. pernah memanggil Sayyidina ‘Ali bin AbiTalib danUsamah bin Zaidr.a.ketika wahyu tidak turun-turun untuk meminta pendapat mereka berdua. Usamahberkata: “WahaiRasulullah, dia adalah isterimu. Dan kami tidak mengetahu itentang dirinya melainkan perkara yang baik-baik sahaja.”Manakala Ali r.a. pula berkata: “Sekiranya kamu bertanya kepada jariah (seorang hamba bernamaBarirah), tentu dia akan berkata benar kepadamu.” Rasulullah kemudian memanggi lBarirah dan bertanya: “Adakah kamu lihatsesuatu yang meragukanmu pada Aishah?”.JawabBarirah: “Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak melihat sesuatu perkara pun yang meragukan padanya. ” [SahihBukharidan Muslim] Melalui kisah reaksi Nabis.a.w. dalam berhadapan dengan cabaran ini, saya ingin berkongsi beberapa langkah asas yang dapat kita ambil bagi menangani konflik atau krisis dalam rumahtangga:
Pertama, dapatkan bantuan daripihak yang berpengalaman apabila berdepan dengan konflik atau krisis rumah tangga. Kedua, dapatkan sumber sokongan atau mentor dari pasangan yang sudah lama melayari kehidupan berumahtangga  Ketiga, memperbanyakkan doa memohon jalan keluar yang terbaik daripada Allah s.w.t.
Siding jumaat yang dikasihi Allah,
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

          Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang.
Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat
meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan  merupakan  satu
tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan
jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan
masalah  di  kemudian hari. Senario masa kini menggambarkan ramai anak muda
lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk
mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria
pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga
agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan
kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.
Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya  dalam proses  memilih
jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita  beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu
Hurairah RA:


ـُﻨْﻜَﺢُاﻟْﻤَﺮْأَةُ ﻷَِرْﺑَﻊٍﻟِﻤَﺎﻟِﻬَﺎ وَﻟِﺤَﺴَﺒِﻬَﺎ وَﻟِﺠَﻤَﺎﻟِﻬَﺎ وَﻟِﺪِﻳﻨِﻬَﺎﻓَﺎﻇْﻔَﺮْﺑِﺬَاتِاﻟﺪﱢﻳﻦِﺗَﺮِﺑَﺖْﻳَﺪَاكَ

Bermaksud:
“Wanita  dikahwini  kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu utamakanlah
wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung.”
Apa yang dapat sama-sama kita fahami dari maksud hadis ini, iaitu ciri-ciri yang
paling baik dalam memilih jodoh ialah mereka yang berpengetahuan dan beramal
dengan ajaran agama.

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang  sihat, bebas dari
penyakit yang dibimbangi mengganggu peranan sebagai suami atau isteri.
Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara 4
tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin
keharmonian hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri.
Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika
majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan
suami isteri.

Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk  memenuhi tuntutan nafsu
semata-mata, bahkan ia bertujuan untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan.
Perkahwinan adalah mahligai cinta dan lambang kasih sayang.
Apabila dua jiwa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan,  keserasian antara
mereka boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang
Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul
mesra antara mereka



Memang sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan melalui perkahwinan sahajalah segala kehendak rohani dan jasmani, fizikal dan mental manusia yang berlainan jantina dapat disempurnakan mengikut jalan yang sah lagi diredhai Allah SWT. Inilah sunnatullah yang telah menjadikan perkahwinan sebagai jambatan untuk hamba-hambaNya yang berlainan jantina untuk menyempurnakan fitrah sebagai seorang manusia dengan satu matlamat iaitu mengharapkan keredhaanNya hasil dari perkahwinan yang sah.

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk.



Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
1.   

Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.

4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.



Di dalam Islam, perkahwinan merupakan suatu cara yang mampu menyelamatkan orang Islam terutamanya golongan muda daripada terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan kerana antara fungsi utama perkahwinan ialah untuk menjadikan seseorang itu lebih bertaqwa.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu menanggung beban rumah tangga hendaklah segea berkahwin, kerana hal ini lebih dapat memejamkan mata (yakni tidak memandang perempuan) dan lebih dapat menjaga kesuciaan diri ( dari perbuatan zina). Sesiapa yang belum mampu sebaiknya ia berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjagaan diri.”

Sidang jumaat yang diberkati Allah.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah perkara yang sangat mulia disisi Islam. Negara kita menghadapi pelbagai musibah terutamanya dari segi sosial. Oleh itu, janganlah kalian melihat perkahwinan itu satu bebanan kerana daripada perkahwinan tersimpan rahmat daripada Allah. Marilah kita menghayati semula ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh kerana dengan cara ini sahaja kita dapat mengubati segala jenis penyakit yang sedang menyerang umat Islam sekarang. Semoga apa yang diusahakan oleh kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah azza wajallah.

Di dalam Islam, perkahwinan merupakan suatu cara yang mampu menyelamatkan orang Islam terutamanya golongan muda daripada terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan kerana antara fungsi utama perkahwinan ialah untuk menjadikan seseorang itu lebih bertaqwa.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu menanggung beban rumah tangga hendaklah segea berkahwin, kerana hal ini lebih dapat memejamkan mata (yakni tidak memandang perempuan) dan lebih dapat menjaga kesuciaan diri ( dari perbuatan zina). Sesiapa yang belum mampu sebaiknya ia berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjagaan diri.”

Sidang jumaat yang diberkati Allah.

Kesimpulannya, perkahwinan adalah perkara yang sangat mulia disisi Islam. Negara kita menghadapi pelbagai musibah terutamanya dari segi sosial. Oleh itu, janganlah kalian melihat perkahwinan itu satu bebanan kerana daripada perkahwinan tersimpan rahmat daripada Allah. Marilah kita menghayati semula ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh kerana dengan cara ini sahaja kita dapat mengubati segala jenis penyakit yang sedang menyerang umat Islam sekarang. Semoga apa yang diusahakan oleh kita sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah azza wajallah.

Khutbah posted by:
Alif Ba Ta
Members:
  • Nur Julaikha bt A Razak @ Aziz (AA11049)
  • Nurul Aziyan bt Ragiun (AA11090)
  • Nur Zamira bt Zaker (AA11093)
  • Nor Farahiah bt Ibrahim (AA11104)
  • Nur Ayna bt Azmi (AA11107)
  • Nurul Farhana bt AB Manaf (AE11035)
  • Siti Nor Adila bt Redzuan (AE11037)






No comments:

Post a Comment