بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Sidang jumaat yang berbahagia,
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah S.W.T dengan mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Kita seharusnya sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih bernafas dan dapat menikamati hidup dengan aman dan damai. Mudah-mudahan dengan nikmat tersebut kita dapat melaksanakan ibadat kepada Allah S.W.T serta menjadi seorang mukmin yang berjaya dan dirahmati di dunia dan juga di akhirat kelak. Sidang jumaat yang dikasihi sekalian, tajuk khutbah kita pada hari ini ialah
“PEMBUANGAN BAYI: MENIFESTASI PERGAULAN BEBAS DAN PENGABAIAN TERHADAP AGAMA”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Mimbar jumaat pada hari ini mengajak masyarakat dan umat islam khususnya supaya mempertingkatkan ilmu pengetahuan agama, keimanan, ketakwaan, amal soleh, dan kebaikan serta menjauhi kemungkaran. Sejak kebelakangan ini di kaca-kaca televisyen dan media-media massa, kes pembuangan bayi makin kerap menjadi tajuk utama. Ini menunjukkan bahawa kes pembuangan bayi semakin berleluasa di mana-mana saja. Hal ini amat mendukacitakan dan menggemparkan kerana sikap mereka yang terbabit menunjukkan tiadanya belas ihsan dan tanggungjawab dalam diri sendiri. Hakikatnya, kejadian membuang bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Gejala tersebut telah dikesan lama dahulu dan sering dijadikan berita utama di media-media massa terutamanya menjelang tahun baru.
Saban tahun setiap kali sambutan tahun baru diadakan, kedengaran pelbagai isu terutamanya yang melibatkan gejala sosial dalam masyarakat oleh sebahagian remaja bahkan orang dewasa seperti pergaulan bebas yang menjurus kepada pelbagai gejala tidak baik seperti zina, hubungan seks bebas , minum arak dan sebagainya atas alasan kerana menyambut kedatangan tahun baru. Akhirnya keseronokan sementara menyambut kedatangan tahun baru berakhir dengan pembuangan bayi oleh mereka yang tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri dan mengambil jalan singkat dengan membuang bayi yang tidak berdosa seperti sampah. Dalam hal ini, semua umat islam diseru untuk bekerjasama membendung dan mencegah gejala buruk ini dari berleluasa. Ketahuilah, bahawasanya arak dan zina adalah perbuatan yang keji , terkutuk di sisi Allah S.W.T dan merupakan antara tujuh dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina, antaranya firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;
Maksudnya: Dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu Yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa Yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali Dengan jalan Yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan Yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di Dalam azab itu Dengan menerima kehinaan.
Kini gejala pembuangan bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata-rata tempat. Tanpa belas kasihan, ibu atau pasangan yang terbabit sanggup membuang bayi ke dalam tong sampah, pintu pagar masjid, bawah pokok, kaki lima, tandas dan di tepi sungai untuk mengelakkan diri mereka dikesan. Pada Rabu, 4 September 2013, media massa melaporkan seorang mayat bayi ditemui di dalam loji kumbahan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuala Terengganu yang dilakukan oleh seorang pelajar perempuan berumur 19 tahun dan teman lelaki pelajar terbabit yang berusia 20 tahun. Dan yang terkini, pada 23 Januari 2014, seorang jemaah menemui seorang bayi perempuan cukup sifat dibuang di tepi lubang tandas lelaki selepas menunaikan solat subuh di Masjid Alwi, Kangar.

Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sejak 2004 hingga Ogos 2010, sebanyak 555 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kes pembuangan bayi yang dilakukan remaja. Pengarah Bahagian Kanak-Kanak, JKM, Amni Yusop berkata, walaupun kebanyakan pelaku berjaya melepaskan diri, namun berdasarkan tangkapan suspek yang dapat dikesan, sebanyak 40 kes pembuangan bayi dilakukan oleh remaja berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun sementara 20 kes dilakukan suspek bawah 18 tahun. Manakala statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga 2010. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi tahun 2011, keadaan semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia. Selain daripada dibunuh atau dibuang, berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
Melihat kepada statistik tersebut, ternyata kes kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah implikasi kepada masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat terutamanya remaja. Puncanya ialah hamil anak luar nikah dan oleh kerana tidak mahu membela anak dalam kandungan, mereka mengambil keputusan paling mudah iaitu sama ada menggugurkan kandungan atau membuang bayi sebaik saja melahirkan mereka. Ini kerana kebanyakan pelaku malu serta takut perbuatan mereka diketahui keluarga bukan malu kepada Allah S.W.T. hal ini menunjukkan manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan pernikahan yang sah di sisi syarak dan apabila tumbuhnya benih dari hasil perbuatan terkutuk itu mereka mengambil jalan mudah dengan membuangnya.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Asy-Syura: 49 – 50
Maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada dilangit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya, atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”
Anak adalah anugerah terindah daripada Allah S.W.T yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana fitrahnya adalah berhajat dan mengharapkan kurniaan kelahiran anak itu. Jesteru itu, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Rasulullah SAW bersabda: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya Al-Quran” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy)
Selain itu, zina adalah perbuatan mungkar yang mendatangkan akibat yang sangat buruk kepada pembinaan generasi institusi keluarga dan masyarakat. Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32;
Maksudnya:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ini juga ditegaskan oleh baginda Nabi S.A.W, dalam sebuah hadis hasan riwayat Ibnu Majah:
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Gejala pembuangan bayi pernah berlaku di zaman jahiliyyah iaitu pada zaman sebelum kedatangan Islam dahulu, di mana masyarakat jahiliyyah membunuh anak-anak perempuan mereka dengan cara menanam anak tersebut hidup-hidup. Pada zaman tersebut, bayi perempuan dibuang dan dibunuh kerana dianggap menyusahkan serta memalukan keluarga. Jika zaman jahiliyyah pembunuhan bayi perempuan dilakukan kerana dikhuatiri anak diperkosa atu berzina, tetapi pada zaman ini anak dibunuh dan dibuang kerana ibunya sendiri yang diperkosa atau berzina.
Fenomena yang sama berulang kini dalam bentuk dan keadaan yang berbeza bahkan lebih dasyat dan mengerikan. Kalau dahulu mereka hanya membunuh anak-anak perempuan, hari ini tak kira lelaki atau perempuan, kalau dahulu mereka menanam anak, hari ini dibuang ke dalam tong sampah, parit, longkang, di tangga masjid, loji, tandas, bahkan ada yang dibakar rentung. Apa yang berlaku hari ini lebih jahiliyyah daripada jahiliyyah dahulu atau lebih mudah disebut sebagai jahiliyyah moden.
Dimanakah sifat kemanusiaan serta harga diri atau maruah masyarakat Islam sekarang. Bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang diperlakukan dengan kelakuan yang amat menjijikkan. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu lebih bertanggunghjawab memelihara dan menjaga zuriatnya.
Hakikat pembuangan bayi pada zaman moden ini bukanlah berpunca dari takut miskin, tetapi perbuatan keji ini dilakukan kerana hendak menutup malu yang menimpa akibat berlakunya perzinaan. Pasangan yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran yang dilakukan terutama bayi diluar nikah.
Banyak kajian menunjukkan kehamilan luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu semata-mata. Keadaan menjadi lebih malang lagi, bila mana kebanyakkan bayi yang dibuang rata-ratanya berbangsa Melayu yang pastinya beragama Islam.

Dalam membendung perbuatan pembuangan bayi ini, tidaklah wajar dipertanggungkan masalah ini seratus peratus kepada pihak berkuasa dan jabatan Agama Islam semata-mata. Ibu bapa juga perlu berusaha dalam memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri-ciri yang dikehendaki di dalam Islam. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak perempuan mereka daripada bebas keluar, terutama dengan pasangan masing-masing kerana ia boleh menyebabkan berlakunya maksiat. Keluarga sebagai institusi pertama dalam kehidupan seorang manusia, perlu memainkan peranan yang sebenar dalam membimbing,mendidik dan membentuk generasi muda menjadi insan yang berkualiti. Ibubapa yang tidak memiliki asas pendidikan agama dan kemahiran keibubapaan “parenting skill” perlu menimba ilmu sebagai bekalan untuk mendidik anak-anak mereka.
Selain itu, masyarakat perlu prihatin dan tidak boleh berpeluk tubuh bilamana mengetahui wujudnya apa-apa perbuatan yang boleh mengundang kepada perlakuan yang membawa kepada kes pembuangan bayi ini. Masyarakat berperanan mencegah kejadian pembuangan bayi ini dengan melaporkan kejadian maksiat yang berlaku di kampung-kampung, taman-taman perumahan atau taman rekreasi kepada pihak berkuasa. Aduan kepada pihak Penguatkuatkuasa Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bolehlah dibuat bagi memastikan perkara ini tidak menjadi lebih serius.
Dalam Undang-undang Jenayah Syariah, kesalahan ini dilihat dari dua peringkat iaitu;

))يَامَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.(( ...Ertinya: "Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang kamu akan diuji denganya dan aku pohon perlindungan dengan Allah agar tidak menimpa kamu( Antaranya ialah); tidaklah merebaknya perzinaan dalam satu bangsa sehingga mereka melakukannya dengan terang-terangan melainkan akan tersebar di kalangan mereka penyakit taun dan pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu sebelum mereka".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Gejala pembuangan bayi pernah berlaku di zaman jahiliyyah iaitu pada zaman sebelum kedatangan Islam dahulu, di mana masyarakat jahiliyyah membunuh anak-anak perempuan mereka dengan cara menanam anak tersebut hidup-hidup. Pada zaman tersebut, bayi perempuan dibuang dan dibunuh kerana dianggap menyusahkan serta memalukan keluarga. Jika zaman jahiliyyah pembunuhan bayi perempuan dilakukan kerana dikhuatiri anak diperkosa atu berzina, tetapi pada zaman ini anak dibunuh dan dibuang kerana ibunya sendiri yang diperkosa atau berzina.
Fenomena yang sama berulang kini dalam bentuk dan keadaan yang berbeza bahkan lebih dasyat dan mengerikan. Kalau dahulu mereka hanya membunuh anak-anak perempuan, hari ini tak kira lelaki atau perempuan, kalau dahulu mereka menanam anak, hari ini dibuang ke dalam tong sampah, parit, longkang, di tangga masjid, loji, tandas, bahkan ada yang dibakar rentung. Apa yang berlaku hari ini lebih jahiliyyah daripada jahiliyyah dahulu atau lebih mudah disebut sebagai jahiliyyah moden.
Dimanakah sifat kemanusiaan serta harga diri atau maruah masyarakat Islam sekarang. Bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang diperlakukan dengan kelakuan yang amat menjijikkan. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu lebih bertanggunghjawab memelihara dan menjaga zuriatnya.
Hakikat pembuangan bayi pada zaman moden ini bukanlah berpunca dari takut miskin, tetapi perbuatan keji ini dilakukan kerana hendak menutup malu yang menimpa akibat berlakunya perzinaan. Pasangan yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran yang dilakukan terutama bayi diluar nikah.
Banyak kajian menunjukkan kehamilan luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu semata-mata. Keadaan menjadi lebih malang lagi, bila mana kebanyakkan bayi yang dibuang rata-ratanya berbangsa Melayu yang pastinya beragama Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Dalam membendung perbuatan pembuangan bayi ini, tidaklah wajar dipertanggungkan masalah ini seratus peratus kepada pihak berkuasa dan jabatan Agama Islam semata-mata. Ibu bapa juga perlu berusaha dalam memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri-ciri yang dikehendaki di dalam Islam. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak perempuan mereka daripada bebas keluar, terutama dengan pasangan masing-masing kerana ia boleh menyebabkan berlakunya maksiat. Keluarga sebagai institusi pertama dalam kehidupan seorang manusia, perlu memainkan peranan yang sebenar dalam membimbing,mendidik dan membentuk generasi muda menjadi insan yang berkualiti. Ibubapa yang tidak memiliki asas pendidikan agama dan kemahiran keibubapaan “parenting skill” perlu menimba ilmu sebagai bekalan untuk mendidik anak-anak mereka.
Selain itu, masyarakat perlu prihatin dan tidak boleh berpeluk tubuh bilamana mengetahui wujudnya apa-apa perbuatan yang boleh mengundang kepada perlakuan yang membawa kepada kes pembuangan bayi ini. Masyarakat berperanan mencegah kejadian pembuangan bayi ini dengan melaporkan kejadian maksiat yang berlaku di kampung-kampung, taman-taman perumahan atau taman rekreasi kepada pihak berkuasa. Aduan kepada pihak Penguatkuatkuasa Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bolehlah dibuat bagi memastikan perkara ini tidak menjadi lebih serius.
Dalam Undang-undang Jenayah Syariah, kesalahan ini dilihat dari dua peringkat iaitu;
Pertama: pembuangan yang mengakibatkan kematian bayi;
Kedua: pembuangan yang tidak mengakibatkan kematian.
Pembuangan bayi yang mengakibatkan kematian adalah jenayah yang sama dengan jenayah pembunuhan terhadap orang dewasa. Jika ia dilakukan dengan sengaja, maka pesalah jika sabit kesalahann akan dikenakan hukuman mati tertakluk kepada ahli waris bayi, jika terdapat keampunan daripada mereka yang digantikan dengan bayaran pampasan nyawa, maka pesalah wajib membayarnya dengan harta sendiri. Pampasan nyawa seorang mangsa adalah sebanyak 100 ekor unta mengikut jenis yang ditetapkan, jika tiada unta maka pesalah dikehendaki membayar harga 100 ekor unta kepada waris mangsa mengikut nilai tempatan dan semasa. Jika dia diampun dari hukuman mati dan pampasan nyawa, maka dia akan terlepas dari kedua-dua hukuman tersebut tetapi dia dikehendaki membayar kaffarah pembunuhan itu, iaitu membebaskan seorang hamba yang beriman, jika tidak mampu maka dia perlu berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Dalam masalah ini kedudukan pesalah adalah sama, tidak dibezakan samada ibunya atau bapanya atau sesiapa sahaja.
Terbaru, kabinet telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Allah S.W.T telah memberi amaran keras kepada orang membunuh dengan sengaja dengan berfirman dalam surah An-Nisa’:93;
“dan Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja Maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya”.
Amaran Allah s.w.t sangat keras kepada pembunuh dengan sengaja iaitu
kekal dalam neraka Jahannam (mengikut jumhur masa yang sangat panjang), dimurkai Allah, dikutuk Allah dan disediakan azab yang besar kelak.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Walaupun perbuatan ini hanya dilakukan oleh segelintir mereka yang beragama Islam, namun perbuatan yang terlarang ini sebenarnya telah memberi gambaran yang buruk kepada umat Islam.
Kepada mereka yang terlibat kepada berbuatan ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Cukuplah hanya dosa yang dilakukan sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan dan janganlah dosa tersebut ditambah dengan menyeksa mental dan fizikal bayi dengan membunuhnya atau membuangnya seperti sampah sarap.
Masyarakat Islam harus memantapkan semula aqidah dengan memperbanyak program agama samada di peringkat sekolah atau masjid dan jabatan-jabatan kerajaan. Remaja perlu tahu hukum hakam agama, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan seksual. Bagaimana batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan samada mahram dan bukan mahram (ajnabi).
Fiman Allah s.wt :al-Isra’ : 32
“dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk”.
Firman Allah dalm surah al-Ahzab : 36
Kesimpulannya,
setiap warga masyarakat perlu bersatu padu dalam mencegah dan membenteras
perbuatan yang boleh membawa kepada membunuh dan membuang bayi ini supaya tidak
menular dengan lebih serius. Usaha-usaha yang dilakukan secara bersama perlu
dipertingkatkan sebagai cara mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi
penyakit yang merbahaya di Negara ini. Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai
hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung
tenaga bagi membanteras dan mencegah saupaya gejala pembuangan bayi ini tidak
menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat
(RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu
menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana
“mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa
bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk
bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah
terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak
bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.
Khutbah posted by:
AN-NAJAH
Group members;:
- ROBIATUN AIN BT MAIDIN (KA10073)
- NUR FARAH HANIM BT RAHMAT (KA10039)
- SITI NOR AINDA BINTI MAZLAN (KA10043)
- NURLIN FATIN BINTI MOHD TAHIRUN (KA10106)
- NUR AFIFAH BINTI ZAINUDDIN (AA10040)
No comments:
Post a Comment