Monday, June 2, 2014

Perkahwinan Campur

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


أَشْهَدُ أَن لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، إِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

                      Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: PERKAHWINAN CAMPUR

                      Perkahwinan campur sebenarnya diperkenalkan pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Dalam konteks Malaysia, perkahwinan campur membabitkan pasangan berbeza kaum, seperti Melayu dengan Cina atau Cina dengan India.Islam menggalakkan umatnya bernikah dengan pasangan yang sesuai, tetapi syaratnya pasangan itu juga beragama Islam.
Firman Allah SWT bermaksud: 
“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang saja.” (Surah An-Nisaa’, ayat 3) 
Berkahwin boleh menjadi antara faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, perkahwinan campur wajar digalakkan kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.

       Allah SWT berfirman didalam Quran,


bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Namun, orang Islam yang memilih berkahwin campur perlu memastikan keislamannya terpelihara. Sebagai orang Islam, dialah sepatutnya menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya, bukan berperangai lebih buruk atau terikut dengan gaya hidup pasangan.Ini bagi mengelak salah faham terhadap Islam. Perkahwinan campur juga bukan bermakna menghapuskan budaya, identiti atau nilai positif asal sesuatu kaum. Hanya agama saja yang berubah, bukan bangsa atau kaumnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

                     Fahaman agama sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, atau menziarahi mereka adalah sesuatu yang tidak diajar Islam.Perkahwinan campur boleh terjadi dalam 3 kategori yang berbeza seperti yangdinyatakan berikut beserta dengan contohnya sekali.
  1. Antara Kaum dimana terjadinya perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu denganseorang muslim berbangsa Cina. Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan masyarakat.Malaysiasendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan sebegini samaada antara Melayu denganCina,Indiaatau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungandua budaya.Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama laintermasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman IslamMalaysiadan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut.                                                                   
  2. Antara Negara merupakan perkahwinan antara seorang muslim berbangsa melayu denganseorang muslim berbangsa Arab yang berasal dariDubai. Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegaraMalaysia beragama Islam dengan warganegera Asing di Malaysia atau di luar negara. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan boring permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen- dokumen sah yang telah ditetapkan.                                             
  3. Antara Agama yakni perkahwinan antara seorang muslim dengan seseorang yang beragama Kristian Terdapat juga kes-kes istimewa diMalaysiamelibatkan seorang warganegarayang beragama selain Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islamwalaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinancampur yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan HakimMahkamah Tinggi dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaanantarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannyatetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 AktaMempebaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur- prosedur penceraian tidak dijalankan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                       Namun perkahwinan campur juga dapat memberi kesan dan implikasi kepada kita. Salah satu kesan yang utama perkahwinan campur dalam Islam ialah masalah berkaitan agama sendiri. Dalam perkahwinan agama yang berbeza kita sebagai orang Islam perlu merujuk kepada undang-undang Fiqh untuk mendapatkan pandangan terbaik. Sebagai isteri sepatutnya mentaati suami mereka dan suami sepatutnya membawa isteri-isteri mereka tetapi krisis itu timbul apabila pemimpin atau pengikut bukan Islam di mana mereka mengamalkan pandangan atau agama lain. Tetapi ia mengesahkan bahawa wanita tidak boleh berkahwin dengan seorang lelaki dengan agama yang berbeza kerana mereka akan mempunyai kerumitan akan melalui kehidupan sebagai seorang Muslim. Ini disahkan oleh satu ayat dalam al-Quran,



yang membawa maksud, (Mereka orang-orang munafik itu ialah) orang-orang yang menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; Tetapi jika anda mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami dengan anda (oleh itu kita juga berhak untuk berkongsi dalam harta rampasan perang) "dan jika orang-orang kafir mendapat bahagian (berjaya), mereka berkata (kepada mereka):." Adakah kita tidak membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang percaya (untuk mendedahkan rahsia perpaduan) "Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat;? dan Allah tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman. (Surah An-Nisaa ': 141)
 
Sidang jumaat yang diberkati Allah sekalian,

            Sudah tertulis jodoh dan ajal seseorang apabila dia lahir ke dunia. Justeru, perkahwinan campur juga antara perkara yang termaktub sejak dari azali terhadap seseorang dan antara kebaikkan perkahwinan campur ialah  perkahwin campur dapat mengeratkanhubungan silaturrahim dengan kelurga lain berbangsa asing , kaum kelurga dan kerabat kita semakin besar, kita dapat menguasai bahasanya,mempelajari budayanya, kita dapat berdakwah kepada kelurganya agar dapatmenerima Islam srebagai cara hidup yang paling baik sekali dan kalau kitadapat anak, anak tersebut mewarisi gens kedua-dua bangsa(rupanyacantik).

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

            Setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi. Disebalik kebaikkan perkahwinan campur, terdapat juga kekangan dan keburukkan yang terjadi jika perkahwinan tersebut tidak dipelihara dan dijaga rapi. Antara keburukkannya adalah:
 

  1.  Perebutan anak hasil perkongsian hidup pasangan terbabit selepas bercerai

            Salah satu keburukan kahwin campur adalah perebutan anak hasil perkongsian hidup pasangan                   terbabit selepas bercerai. Biasanya anak adalah mangsa utama dalam ‘jenayah’ perceraian. Macam               mana jika pasangan itu terdiri daripada lelaki Melayu atau wanita Perancis? Ke manakah harus                 anak itu pergi, ikut bersama bapa di Malaysia atau terus menetap di Perancis?
            Sadisnya, salah satu daripada pilihan itu akan menyebabkan anak terpisah kasih daripada salah                   seorang daripada mereka. Faktor jarak dan masa serta kos menyebabkan rindu itu bertambah                   dalam kerana kekangan faktor itu. Kemungkinan besar peluang untuk anak berjumpa balik dengan               ayah atau ibu sangat tipis dan perpisahan ini akan melukakan hati mereka.


     2. Konflik rumah tangga dalam kahwin campur mungkin boleh menular menjadi isu diplomatik antara dua negara
 
  Bukan itu sahaja, konflik rumah tangga dalam kahwin campur mungkin boleh menular menjadi isu                diplomatik antara dua negara. Perkahwinan antara pasangan berbeza warganegara akan menimbulkan            masalah di masa depan contohnya jika berdepan dengan kemelut keganasan rumah tangga atau                  perceraian.
           Jika si suami melakukan keganasan dan bakal dihukum, soalnya negara mana yang patut mengambil               tanggungjawab tersebut? Adakah suami perlu dijatuhkan hukuman mengikut negara yang dia miliki             status warganegara atau negara di mana dia melakukan jenayah rumah tangga? Hal ni boleh                     menjadi lebih teruk jika mendapat perhatian media dan disebarkan kepada umum dengan serius,                 seola-olah ini adalah satu kes besar.
            Kemungkinan besar rakyat bagi si isteri akan melakukan demostrasi bagi membantah jenayah ini.               hubungan diplomatik akan terganggu sekejap sehinggalah kes ini selesai di mahkamah.

     3. Komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk islam

         Apakah komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk islam? Biasanya mereka yang berbeza              agama akan memilih jalan memeluk islam supaya mudah berkahwin dengan orang yang dicintai.                    Pengislaman seseorang bukan sahaja atas dasar cinta atau kahwin, tapi perlu juga disertakan dengan          kepercayaan dan akidah yang betul.
         Di sini suami membawa peranan penting untuk memastikan keislaman si isteri benar-benar kuat.              Masalahnya sudah terlalu banyak kes yang berlaku di mana pengislaman hanya atas dasar untuk                berkahwin bukan untuk diamalkan.
         Hasilnya, kehidupan seorang isteri masih lagi terbabit dalam budaya hedonisme dan jauh bercanggah            dengan anjuran islam. Perkara-perkara haram yang pernah dilakukan masih belum ditinggalkan                  disebabkan si suami tiada komitmen untuk memastikan si isteri adalah seorang muslimah sejati.


 Perkahwinan mereka bukan untuk melahirkan zuriat mulia atau membawa saudara baru atau muallaf untuk menikmati kemanisan islam. Sebaliknya perkahwinan itu hanya atas dasar nafsu untuk memuaskan syahwat masing-masing. Paling teruk sekali, si suami juga turut terjebak dengan perkara kotor yang dilakukan oleh isteri. Sebaiknya, si suami perlu ada ilmu rumah tangga yang cukup agar diri-diri benar mantap untuk membimbing isteri mengenali cahaya islam dan masuk ke dalam cahaya.

                                Secara asasnya, kahwin campur juga mempunyai keburukan di mana lebih bersifat perbezaan adat dan gaya hidup. Malah akidah dan kepercayaan juga boleh tergugat jika iman di hati tidak kuat dan diri tidak berusaha lari daripada kerja maksiat. Sebenarnya, perkahwinan biasa sesama bangsa atau agama juga mempunyai kesan negatif yang hampir lebih kurang sama. Cumanya, kahwin campur lebih dilihat menuju kegagalan disebabkan jurang antara kaum dan agama yang sering terjadi dalam masyarakat di Malaysia. Oleh sebab itu kahwin campur perlu diberi lebih perhatian agar tiada masalah mendatang di masa depan.Moga kita mendapat manfaat dan ilmu atas apa yang telah dibincangkan mimbar tadi. 


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَن وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah posted by: 
Zahrah
Group Members:

  • SYAMIMI INANI BT RAZALI (AA12119)
  • NUR ELLANI BT  AMIR SHARIFFUDDIN (AA12095)
  •   SITI AISYAH BT FATHOL KARID (AA12069) 
  • NURUL FARHANA BT ABDUL HALIM  (AA12172)
  • ANEESA AQEELA BT MOHD ASHA’ARI (AA12147)
  • NUR ATIKAH BT MOHAMMAD ZULKIFLI (AA12092)


No comments:

Post a Comment