بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
إِنَّ الْحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ،
وَنَعُوْذُ بلله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ
يَهْدِهِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ
أَنْ لَا إله إلا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ.
يَاأَيُّهاَ الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا الله حَقَّ
تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم
مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً
كَثِيرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ
إِنَّ الله كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا الله وَقُولُوا
قَوْلاً سَدِيدًا . يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن
يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
أَمَّا بَعْدُ: فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ الله
وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه و سلم وَشَرَّ الْأُمُوْرِ
مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ،
وَكُلَّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ. اللهم صَل عَلَى مُحَمدٍ، وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلمْ.
Ma’asyiral muslimin, jamaah solat Jumaat rahimakumullah.
Kami mengajak kepada semua jamaah, marilah kita meningkatkan takwa kita
kepada Allah subhanahu wa Ta’ala dengan sebenar-benar takwa, yakni dengan
menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Bekal takwa
inilah yang akan menyelamatkan kita dari siksa neraka. Karena tidak ada yang
akan selamat dari neraka, kecuali orang-orang yang bertakwa.
ُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا“Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.” (QS. Maryam: 72)
Kaum muslimin yang berbahagia !!!
Islam agama yang sempurna, sangat
memperhatikan pertumbuhan generasi. Salah satu nikmat, amanah, sekaligus ujian
dari Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah
hadirnya seorang anak di tengah keluarga kita. Perilaku lucu, cerdik, menggelikan,
sekaligus menyenangkan, senantiasa mereka tampilkan.Hal itu membuat suasana
keluarga semakin meriah.
Mendidik anak
perlu ditik beratkan untuk kehidupan mereka dalam masa jangka
pendek(dunia) serta jangka masa
pajang(akhirat). Ini memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani.Bagi umat
Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W.
Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Oleh yang demikian,terdapat 4 tahap dalam cara
mendidik anak menigkut sunnah Rasulullah
s.a.w :-
1)
Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada
masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.Berikan mereka kasih
sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap
setiap anak-anak. Tidak
boleh dirotan sekiranyamereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk
mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)
Umur anak-anak 7-14 tahun
Pada tahap ini kita
mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada
anak-anak.
مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
“Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mengerjakan shalat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka bila pada usia sepuluh tahun tidak mengerjakan shalat, serta pisahkanlah mereka di tempat tidurnya.”(HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam sahih Sunan Abi Dawud No.466).
Pukul itu pula
bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.Janganlah
dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang.Allah
SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

Inilah
fasa remaja yang penuh sikap memberontak.Pada tahap ini, ibubapa seeloknya
mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka.Banyakkan
berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.Bagi
anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan
‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu.Jadilah pendengar yang setia
kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka
terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara
diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga
atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar
masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari
keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah
bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa
ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak
dengan memberi KEBEBASAN dalam
membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan
diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula
pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah
sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat
mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut
kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk
tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa:
Ma’asyiral muslimin, jamaah shalat Jumat rahimakumullah
Kebaikan anak menjadi penyebab
kebaikan khususnya bagi orang tua dan keluarganya, dan secara umum untuk kaum
muslimin. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berabda,
إِذَا مَاتَ إِبْنُ آدَمَ إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِه, أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo’akannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh karena itu, keberhasilan
pendidikan seorang anak dengan kebaikan dan ketaatannya, memiliki manfaat dan
pengaruh yang besar bagi para orang tua, baik ketika masih hidup maupun sudah
meninggal dunia. Ketika orang tua masih hidup, anak akan menjadi hiburan, kebahagiaan dan
penyejuk hati. Dan ketika orang tua sudah meninggal dunia, maka anak-anak yang
shalih senantiasa akan mendoakan, beristighfar dan bershadaqah untuk orang tua
mereka.
إِذَا مَاتَ إِبْنُ آدَمَ إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِه, أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara; shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendo’akannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sebaliknya, betapa rugi orang tua yang anaknya tidak soleh
dan derhaka.Anak yang derhaka tidak dapat memberi manfaat kepada orang tuanya,
baik ketika masih hidup maupun saat sudah meninggal. Orang tua tidak akan dapat
memetik buahnya, kecuali hanya kerugian dan keburukan yang berkemungkinan
disebabkan oleh cara pendidikan yang tidak mengikut sunnah. Sebagai contoh :-
1.
Mendidiknya menjadi
sombong, bongkak terhadap orang lain dan itu dianggap sebagai sikap
pemberani.
Kesalahan ini merupakan kebalikan point pertama. Yang benar ialah bersikap tengah-tengah, tidak berlebihan dan tidak dikurang-kurangi. Berani tidak harus dengan bersikap sombong atau bongkak kepada orang lain. Tetapi, sikap berani yang selara sempatnya dan rasa takut apabila memang sesuatu itu harus ditakuti. Misalnya: takut berbohong, karena ia tahu, jika Allah tidak suka ke pada anak yang suka bohong, atau rasa takut kepada binatang buas yang membahayakan. Kita didik anak kita untuk berani dan tidak takut dalam mengamalkan kebenaran.

2.
Membiasakan anak-anak hidup
berfoya-foya, bermewah-mewah dan sombong.
Dengan ke biasaan ini, anak itu boleh tumbuh menjadi anak yang suka kemewahan, suka bersenang-senang. Hanya mementingkan dirinya sendiri, tidak peduli terhadap keadaan orang lain. Mendidikan anak seperti ini dapat merusakan fitrah, membunuh sikap istiqamah dalam bersikap zuhud di dunia, membinasakan muru’ah (hargadiri) dan kebenaran.

3.
Menumbuhkan rasa takut dan minder
pada anak.
Kadang-kala, ketika anak menangis, kita menakut-nakuti mereka agar berhenti menangis. Kita takuti mereka dengan gambaran hantu, jin, suara angin, dan lain-lain. Kesannya, anak akan tumbuh menjadi seorang penakut; takut pada bayangannya sendiri, takut pada sesuatu yang sebenarnya tidak perlu ditakutinya. Misalnya: takut bilik mandi sendiri, takut tidur sendiri kerana sering mendengar cerita tentang hantu, jin dan lain-lain. Dan yang paling parah, tanpa disadari, kita telah menanamkan rasa takut kepada dirinya sendiri

4.
Terlalu keras dan kaku dalam
menghadapi mereka, melebihi batas kewajaran.
Misalnya, dengan memukul mereka hingga memar, memarahinya dengan bentakan dan cacian, ataupun dengan cara-cara keras lain. Ini kadang terjadi, ketika anak sengaja berbuat salah. Padahal dia mungkin baru sekali melakukannya.

Kaum Muslimin yang berbahagia,
Perhatian terhadap anak merupakan
perkara yang sangat penting dan tanggungjawab yang besar di sisi Allah.Oleh
karena itu, para manusia terbaik, yaitu para nabi dan rasul senantiasa
mendoakan kebaikan untuk anak keturunan mereka.
Nabi Ibrahim ‘alaihissalam berdoa,
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash-Shaffat: 100)
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Baqarah: 128)
Nabi Zakariya ‘alaihissalam berdoa,
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ“Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran: 38)
Begitu juga dengan orang-orang soleh yang Allah sebutkan dalam Alquran, mereka berdoa,
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا“Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)
Demikianlah para nabi dan rasul,
meskipun kedudukan mereka dekat dengan AllahSubhanahu wa Ta’ala, mereka
tetap saja senantiasa berdoa penuh harap, memohon kepada Allah agar dianugerahi
keturunan yang soleh dan solehah. Jika demikian, bagaimana dengan kita?Tentunya
kita harus lebih semangat lagi.
Secara kesimpulannya, sebuah keluarga Muslim
merupakan landasan utama bagi terbentuknya masyarakat Islami.Di dalam keluarga
Muslim terkandung sebuah konsep religius (al-mafhum al-dini), yaitu bahwa para
anggota keluarga diikat oleh sebuah ikatan agama untuk mewujudkan kepribadian
yang luhur.Konsep ini menekankan bahwa sebuah keluarga Muslim harus dapat
membentuk para anggotanya agar memiliki kepribadian yang luhur ini.Memiliki
sifat kasih dan sayang, cinta sesama, menghormati orang lain, jujur, sabar,
qana’ah dan pemaaf merupakan di antara indicator bagi sebuah kepribadian yang
luhur.
REFERENCES
· https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&uact=8&ved=0CGUQFjAI&url=http%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fjhadhari%2Fmakalah%2Fkhas2012%2FJD005862%25207-22.pdf&ei=sq5IU5TZCoeBrge92oGoBQ&usg=AFQjCNGtfo1eP2dlJdif-8jVbR0Idl_87g&bvm=bv.64542518,d.bmk
· http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/01/30/4-tahap-mendidik-anak-ikut-sunnah-rasulullah/
· http://www.excelqhalif.com/2012/10/02/4-tahap-mendidik-anak-cara-rasulullah-s-a-w/
· http://andiopratama.blogspot.com/2013/07/contoh-khutbah-jumat-singkat.html
· http://www.alquran-sunnah.com/artikel/kategori/khutbah-jumat/569-khutbah-jumat-pentingnya-pendidikan
· http://khotbahjumat.com/pendidikan-anak-dimulai-dari-rumah/
· http://khotbahjumat.com/mendidik-anak-menjawab-tantangan-zaman/
· http://andiopratama.blogspot.com/2013/07/contoh-khutbah-jumat-singkat.html
· http://mashrydaengmappangaja.blogspot.com/2012/06/khutbah-jumat-singkat.html
Khutbah posted by:
KHALIFAH
Group Members:
- NAZIRAH BT AHMAD NAZRI (CA12079)
- NUR NADHIRAH BT AB RASUL (CB12023)
- SITI NURBAIZURA BT SUKRI (CB12042)
- FARAH HIDAYAH BINTI MUSA (CB12025)
- SITI MARHANIS BT MAT SAFRI (CA12027)
- NUR AMALINA BT YUSOFF (CA12022)
- AZIZAH BT AZIZ (CA12023)
- NUR AMIRA NAJUA BT TAMBUN (CA12030)
- NOR DIYANA BT HUSSIN (CA12024)
No comments:
Post a Comment